Breaking

Tuesday, June 9, 2020

Dah Boleh Main Badminton




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 Alhamdulillah,tamat sudah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Setelah hampir tiga bulan pergerakan terbatas akhirnya pada 10 Jun 2020 PKPB digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Sejurus dengan itu lebih banyak aktiviti telah dibenarkan termasuk bermain badminton mulai 25 Jun 2020...Yahooooo..
Dewan gambar dari Google
Badminton merupakan aktiviti wajib, tiga kali seminggu pada setiap petang. Tak pandai mana pun... pukul pun kekadang tak kena..hee..hee. Main pun sekadar suka-suka untuk keluarkan peluh. Dan yang paling penting dapat jumpa dan bertanyakan khabar teman-teman.Nak berkebun,tanah tak ada...itu je le aktiviti mengeluarkan peluh.


Kasut dan raket baharu

           Bukan apa ,yang teruja sangat  nak main ialah nak test kasut dengan raket baharu. Belum sempat test kerajaan dah isytihar PKP..Geram campur sedih masa tu..haa.Harap skil tak berkarat dan masih ada stamina. Al maklumlah dah dekat tiga bulan asyik makan tido aja




SUKMA 2010
       Minat terhadap badminton memang dah lama. Selain bermain badminton,saya juga terlibat sebagai pegawai teknikal.Antara kejohanan yang pernah saya terlibat ialah SUKMA Melaka 2010, Kejohanan Badminton Remaja Asia 2007, Malaysia Open 2010


Malaysia Open 2010

16 comments:

  1. Wah jadi pegawai teknikal dan pengadil. Hebat tu.

    ReplyDelete
  2. terbaik,saya lama dah tinggal sebab keadaan kesihatan yang tak mengizinkan

    ReplyDelete
  3. kelonggaran demi kelonggaran dalam PKPP yang penting kawalan kendiri kan CB :)

    ReplyDelete
  4. enjoys your time!! what a healthy lifestyle you got here hehe. <3

    ReplyDelete
  5. Lepas main batminton pastu pergi jogging pulak.

    ReplyDelete
  6. Saya suka jugak main badminton, tapi tak reti main elok-elok. Bulu tangkis tak nak bagi kerjasama hahah

    ReplyDelete
  7. seronok main badminton walaupun cuma lite-lite je.. lps berpeluh segar rasanya

    ReplyDelete
  8. Waaa betullah lama tak main badminton. Lepas ni boleh lepak main badminton dengan family.

    ReplyDelete
  9. Saya pun dah rindu nak masuk hutan ni...Alhamdulillah dah boleh mulai 15hb (jika tak salah).

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum cikgu. Wah, bukan calang2 orang cikgu ni...

    ReplyDelete
  11. Orang hebat je boleh jadi Pegawai Teknikal ni. Terbaikk cikgu.

    ReplyDelete
  12. seronoklah dah boleh masuk gelanggang. Dah lama giler tak main badminton. Kalau kat kampung main badminton kat atas jalan raya. hehe

    ReplyDelete
  13. betul.. masa nak jumpa kawan2 catch up cerita je lebih kan..
    seronok sesekali best tu..

    ReplyDelete
  14. bagus ni shiiin.. boleh keluar peluh

    ReplyDelete
  15. Pergh, msti power ni,bleh mntk tunjuk ajar...

    ReplyDelete