Breaking

Tuesday, October 6, 2020

Medan Selera Ikan Bakar Kg. Telok, Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan


 Assalamualaikum dan Salam Sayang,

Kali pertama nak kongsi dengan anda semua pasal makanan.Satu tempat makan di Port Dickson. Lokasinya terletak di Kg Telok, Pasir Panjang. Memang dah lama nak cari tempat makan ikan bakar sebab keluarga semua teringin nak "pekena" ikan bakar. Anak² cadangkan semua ke Umbai, Melaka tetapi pernah ke sana..Cancel


Sembang dengan kawan² di sekolah..ada yang kata pernah pergi makan di Pasir Panjang,Port Dickson..Wah dekat kampung ni..boleh cuba.. Lagi pun Masjid Tanah dengan Pasir Panjang ni tak jauh dalam 25 minit je..Jadi minggu lepas, lebih kurang dalam pukul 6 petang mula gerak 

Gerai No.4

Ada tiga medan selera di situ..Kami memilih medan selera yang no 2.. Dalam tu ada lebih kurang 6 gerai..kalau tak silap..Kami pilih gerai no.4

Mangsa

Sementara menunggu pesanan, jenjalan dulu menikmati panorama dan pemandangan Selat Melaka pada remang petang






Pada petang itu kami mencuba Gerai No. 4,  memesan 1 ekor ikan Siakap bakar bersambal, Sotong Goreng Tepung , Sayur Kangkung Belacan , Udang masak merah, Air tembikai. Semuanya termasuk nasi putih dan 1 nasi goreng kampung. Pada aku harganya sangat murah, jadi kepada anda yang ingin mencuba aku rasa agak berbaloi kerana rasanya juga enak. Makan time






17 comments:

  1. sy paling suka sotong goreng tepung kalau setiap kali makan di Ikan Bakar

    ReplyDelete
  2. Makan sambil lihat pemandangan pantai cantik..nice cikgu

    ReplyDelete
  3. Sotong goreng tepung tu... Sodaaapp! Air tembikai memang pelengkap hidangan yang paling sempurna. Banyak juga pilihan mangsanya tu ye.

    ReplyDelete
  4. Bolehlah pergi kalau harga murah dan sedap.

    ReplyDelete
  5. Kalau ke PD, suka juga singgah makan kat sini. Tak pernah tak sedap. Suka view kat sini juga. Pernah order kerang bakar, ikan bakar, sotong goreng kunyit, kailan ikan masin. Semua sodap!

    ReplyDelete
  6. Subhanallah cantiknya pemandangan jeti & sunset tu.

    ReplyDelete
  7. sotong goreng tepung tu menggoda sangatlah cikgu

    ReplyDelete
  8. Kosong kan perut dulu sambil menikmati juadah yang enak dengan panorama indah Selat Melaka. Masa zaman kanak-kanak biasa dibawa berkelah di Port Dickson. Ni lama tak jejak kaki area sana.

    ReplyDelete
  9. Wowww..makan sedap dan berada pula di tempat yg cantikk..Subhanallah..tentu bertambah2 sedapnya..dan syukurnya.

    ReplyDelete
  10. Nice makan sana sambil tengok pemandangan indah...

    ReplyDelete
  11. menarik cikgu! freshh lagi..tgal pilih2 je nk lauk yg mana kan..
    sambil tu boleh tgk pemandangan :)

    ReplyDelete