Breaking

Wednesday, June 17, 2020

Baju kemejalah Pulak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera




Setelah sekian lama sejak cuti Perintah Kawalan Pergerakan,akhirnya pada hari ini 16 Jun 2020 dapat berkemeja semula...haaa..haaaa.. Dah tiga bulan lebih asyik pakai t-shirt je...hari ni formal lah pulak.



Jadi hari ni moh le kita ke PPD untuk dengar taklimat pracouncil dialog prestasi 3 (DTP) Macam biasalah selepas dengar takilmat mestilah kena buat kerja.Begitulah kehidupan sebagai seorang guru data..Mulai hari ini dah mula kena kumpulkan maklumat yang diperlukan dan key in dalam sistem.Data-data ini akan digunakan oleh pengetua untuk dibentangkan kepada PPD.


Apa datanya??Biasalah data-data seperti bilangan murid, peratus kedatangan, peratus kelulusan murid, bilangan layak dapat sijil SPM dan banyak lagi lah..Ni semua nak kena jumpa rakan -rakan penyelaras untuk dapatkan data.Tapi itulah tanggungjawab, dalam apa cara sekali pun mesti ditunaikan


Taklimat dalam norma baharu..Segala SOP mesti dipatuhi..Kalau tak silap mesyuarat macam ni tidak boleh lebih 10 peserta..Ok jumpa lagi

10 comments:

  1. kami dah mula ke pejabat awal mei walaupun ikut penggiliran, sekarang ni dah mula kerja 5hari seminggu... apa pun selamat mula bertugas mengikut norma baharu ye cikgu

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan cikgu..
    Follow sini..

    Makin sibuklah cikgu lepas ini ye..

    ReplyDelete
  3. Selamat menjalankan tugas.

    ReplyDelete
  4. Selamat kembali bertugas cikgu :)

    ReplyDelete
  5. pagi tadi gi sek utk bersihkan bilik guru. kena ikut SOP social distancing etc. Mujurlah dah settled.

    ReplyDelete
  6. Mula-mula memang rasa janggal sebab rasa macam kita seorang aje yang buat tapi bila tengok semua pun buat benda yang sama dah hampir menjadi kebiasaan #kitajagakita #Allahjagakami

    ReplyDelete
  7. kalau pakai tie lagi nampak manco cikgu

    ReplyDelete
  8. dok rumah lama dah kan.. seronok dapat pi kerja =D

    ReplyDelete
  9. wah smart cikgu.. selamat kembali bertugas ye

    ReplyDelete
  10. Hehehe teringat masa kerja dulu, kalau ada baju baru, mmg lain mcm sungguhlah semangatnya tu. Sama jugak dengan CB kan hihi

    ReplyDelete