Breaking

Monday, November 5, 2018

SMK Ade Putra Perlu Derma Besarkan Surau



Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ade Putra di sini memerlukan sumbangan orang ramai untuk menyiapkan projek membesarkan surau di sekolah berkenaan.

Pihak sekolah sedang menggerakkan usaha untuk mengumpul dana bagi tujuan berkenaan tetapi masih memerlukan dana untuk menyiapkannya.

Surau berkenaan perlu dibesarkan bukan sahaja untuk memudahkan pelajar Islam dan guru menunaikan solat tetapi bagi menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan keagamaan termasuk membudayakan pembacaan al-Quran selain dijadikan sebagai pusat kegiatan ibadat.

Namun, kami masih menghadapi kekurangan dana dan berharap masyarakat dapat menghulurkan sumbangan untuk menyiapkan projek tersebut.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi Cikgu Badarudin di talian 019-2320320 / Pejabat -063841200 atau berkunjung sendiri ke sekolah berkenaan untuk maklumat lanjut.

Semoga sumbangan yang diberikan dan aktiviti yang akan dijalankan mendapat ganjaran setimpal dari Allah SWT.

Sebarang sumbangan juga boleh disalurkan melalui Akaun Maybank di atas nama akaun :

TABUNG PEMBANGUNAN SMK ADE PUTRA
( 554101508574 )



2 comments: