![]() |
Gambar Google |
Kali ni nak kongsikan tips agar anak-anak tidak mudah lupa apa yang diajarkan oleh guru di dalam kelas. Semniga tips ini dapat membantu anak-anak dalam pembelajara
LUPAKAN YANG LAIN.
Apabila cikgu mula mengajar sahaja, hentikan semua perkara
lain. Berhenti cari buku, berhenti asah pensel, berhenti berbual, berhenti
suruh orang diam dan berhenti berangan. Beri tumpuan 100% kepada penerangan
guru. Ini RAHSIA PALING BESAR pelajar cemerlang!
BERSEDIA APA YANG AKAN DIAJAR OLEH GURU
Sebelum cikgu mula mengajar satu topik, setkan dalam minda
• Topik apa yang akan diajar oleh cikgu? Apa yang penting
agaknya dalam topik ini?
• Topik ini ada kaitan atau tidak dengan topik sebelum ini.
Lebih banyak soalan dalam minda sebelum cikgu bermula, LEBIH
BAGUS!
CONTENG KERTAS KOSONG, BUAT CATATAN.
Semasa cikgu mengajar, jika ada soalan keluar dalam minda
mengenai apa kita tidak faham, contengkan di atas kertas kosong. Apa yang faham
semasa cikgu mengajar, contengkan juga.
RAJIN-RAJIN BUAT LATIHAN
Soalan daripada latihan boleh menentukan sama ada kita faham
atau tidak. Lebih banyak faham, lebih banyak kita akan INGAT. Apabila terjumpa
soalan yang tidak dapat dijawab atau kita tidak faham, tuliskan soalan di atas
kertas untuk ditanyakan kepada cikgu kita.
TANYA DAN MINTA BANTUAN CIKGU SETELAH MENCUBA.
Ada pelajar bertanya kepada cikgu sebelum dia cuba menjawab soalan dengan bersungguh-sungguh. Ini menyebabkan mudah lupa. Buat dulu, fikir dulu dan jawab dulu dengan bersungguh- sungguh, kemudian baru bertanya.
BACA SEMULA APA CIKGU AJAR
SEBELUM 48 JAM.
Kajian saintis mengatakan bahawa jika pelajar belajar 10
perkara hari ini,mereka akan lupa 9 daripadanya selepas 2 hari. Cara
mengatasinya ialah selepas belajar satu topik baru, sebelum 2 hari berakhir,
baca semula atau ulangkaji semula. Kita akan lebih mudah ingat dan pasti TIDAK
MUDAH LUPA!
SEMOGA BERMANFAAT
Teringat tips ini waktu belajar di sekolah.
ReplyDeletePesanan yang sama cikgu bagi masa sekolah dulu :)
ReplyDeletebila menulis sambil belajar itu akan lebih senang nak ingat kan
ReplyDeletegood sharing ni cikgu... dah besar masok bilik meeting pun perlu focus juga ... sbb skrg semua video call hhehehe
ReplyDeleteSaya sntiasa biasakan conteng di kertas atau buku utk buat catatan, sbb dulu cikgu saya pernah ckp , orang yang pandai takkan biarkan kertas atau bukunya tak berconteng (catatan).
ReplyDeleteterbaik tip cikgu
ReplyDeleteBetul cikgu, kalau ditanya pada pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan tapi jenis tak nampak pun bila dia study, rahsianya FOKUS pada penerangan guru.
ReplyDeleteBerhenti suruh orang diam lebih bising dari orang buat bising ðŸ¤
ReplyDeleteTips berguna ni..terima kasih cikgu bada :)
ReplyDeleteRindu school.
ReplyDeleteterima kasih atas tips dan perkongsian cikgu
ReplyDeleteWebsite bandar q dan dominoqq paling ternama dan paling terpercaya di Asia ^^
ReplyDeleteSistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat :)
Memiliki 9 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker maupun domino qq
Agen Poker pkv
IDNPLAY
Situs Judi Poker Online Terpercaya
Situs Judi Poker Online Pkv
Bandar q
Bandar Poker Online
Poker Pkv
Agen Poker Online Terpercaya
agen poker Pkv
agen poker
hai,jemput join GA saya..
ReplyDeletehttps://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/12/digital-arts-giveaway.html
Setuju dengan semua point! Tapi ada satu cara yang saya selalu juga buat, ulang-ulang sebut masa duduk sesorang, macam monolog luaran tapi berkaitan dengan topik yang cikgu ajar. Berkesan dengan saya..huhu
ReplyDeleteAssalamualaikum cikgu.. lama SS tak singgah sini. lepas baca entri ni, tiba-tiba menggamit kenangan zaman sekolah dulu... Terima kasih share tips ni.. memang ini semua tips cemerlang disamping mendidik adab.
ReplyDeletegood post 😊 would you like to follow each other? if the answer is yes, please follow me on my blog & i'll follow you back. https://camdandusler.blogspot.com
ReplyDelete