Breaking

Sunday, August 16, 2020

Inikah Erti Kemerdekaan?

Gambar Google

Assalamualaikum Dan Salam Sayang


Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal 
malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara
Tugas kita pada hari ini adalah memenuhi dada dengan ilmu pengetahuan agar kemerdekaan yang dimiliki dapat dipertahankan dan dikekalkan. Tanpa ilmu pengetahuan, kemerdekaan yang baru sahaja diperolehi amat rapuh.

Agak menyedihkan apabila ramai anak muda tidak tahu dan tidak dididik untuk menghayati erti sebenar kemerdekaan.



Adakah kita berbangga apabila anak² menyambut kemerdekaan dgn cara begini.Melanggar peraturan jalan raya, sedangkan jiwa mereka kosong

18 comments:

  1. Anak saya 7 tahun tanya, merdeka tu apa. Susah gak nak jawab untuk budak kecik kan..hehe

    ReplyDelete
  2. erm, betul jugak tu cikgu..kena bagi pemahaman betul2 kenapa merdeka tu satu perkataan yang sangat berharga..

    ReplyDelete
  3. Peritnya selama 446 tahun dijajah. Nenek moyang sanggup berputih tulang memperjuangkan hak, dan sepatutnya pengorbanan mereka dihargai seiap saat oleh generasi muda dengan pelbagai pengisian yang bermanfaat.

    ReplyDelete
  4. harap semangat kemerdekaan tak pernah hilang.

    ReplyDelete
  5. PERLU HAYATI ERTI SEBENAR KEMERDEKAAN AGAR TAHU HARGAINYA

    ReplyDelete
  6. Mungkin semangat atau kefahaman tu ada tapi perlu dibentuk agar selari dengan makna sebenar kemerdekaan.

    ReplyDelete
  7. lebih baik dari merperkotak-katikkan jati negara dan jalur gemilang dengan memasang terbalik secara terang-terangan., cikgu khannns., huhuhu

    ReplyDelete
  8. mcm sekarang merdeka pasca covid19 kan..agak mcm mana la sambutannya..harap2 rakyat malaysia masih mampu dan bsemangat mngibar jalur gemilang..

    ReplyDelete
  9. Terus terang aku ikut prihatin melihat generasi muda merayakan hari kemerdekaan atau suatu acara apapun dengan cara ..., tidak mematuhi peraturan lalu lintas.

    Semestinya mereka sadar, tindakan tersebut membahayakan keselamatan diri sendiri juga keselamatan orang lain.
    Juga contoh tidak baik.

    ReplyDelete
  10. Halo Cikgu Badarudin. Assalamualaikum, salam kenal.

    Badarudin ialah nama dari pahlawan nasional kami. Dia merupakan Sultan dari Palembang Darussalam. Dan nama itu dijadikan nama Airport. Sultan Mahmud Badaruddin II Airport..

    ReplyDelete
  11. anak sekolah masih boleh di didik lagi di sekolah cikgu, kalau yang dah tua tapi mempermain kan jalur gemilang, pasang terbalik lah, mencacatkan jalur gemilang lah lagi teruk kan

    ReplyDelete
  12. Erk.. tapi CP suka tengok macam tu. Nampak meriah :)

    ReplyDelete
  13. anak2 skrg hidup dlm keadaan serba ada serba lengkap jd penghayatan kemerdekaan tu, jujur ckp x ada dalam diri melainkan ibu bapa mereka menanamkan semngat syg kn negara dlm jiwa mereka

    ReplyDelete
  14. Mereka cuma seronok berkumpul je. Bukan seronok nak sambut hari kemerdekaan pun..

    ReplyDelete
  15. Rasanya dari kecil mereka tidak nampak atau tidak ditanam sifat patriotisme oleh keluarga. Merdeka hanya sebagai satu hari cuti... Sepatutnya segalanya bermula dari rumah...

    ReplyDelete
  16. Anak-anak zaman internet memang kurang memahami erti sebuah kemerdekaan kerana mereka tak pernah susah dan kurang ambil tahu sejarah bagaimana kita perolehi kemerdekaan.

    ReplyDelete
  17. Betul, saya rasa sedih bila nampak konvoi anak2 begini. Tapi bukanlah salah mereka semata, mungkin tiada bimbingan aktiviti yang terbaik untuk meraikan hari kemerdekaan.

    ReplyDelete
  18. mungkin kena ada org yg lebih berpengalaman..secara khususnya menganjurkan projek kibar jalur gemilang..bersama2 ank muda..bg taklimat terlebih dahulu bg mereka benar2 pahami..bkn bawa2 kosong je bendera tu..jika ikt undang2 salah tetap salah..kn cikgu..

    ReplyDelete