Assalamualaikum dan Salam Sayang
Setelah hampir 3 bulan sesi persekolahan ditangguhkan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP dan diikuti Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi memutuskan rantaian pandemik COVID-19,akhirnya pada 24 Jun 2020 sesi persekolahan telah dibuka semula. Tarikh tersebut merupakan satu tarikh yang telah mencatat sejarah di mana buat kali pertamanya sesi persekolahan bagi pelajar yang akan mengambil peperiksaan awam di negara kita telah bermula semula dalam norma baharu.
 |
Bacaan doa |
 |
Beratur dengan mengamalkan penjarakan sosial |
Sememangnya semua warga sekolah agak teruja untuk memulakan sesi persekolahan ini,kerana maklumlah kita terikat dengan pelbagai SOP ketat yang perlu dipatuhi bagi memastikan keselamatan semua..Pelbagai persoalan bermain di minda kerana bimbang segala persediaan sebelum ini tidak berbaloi.Perasaan gembira berbaur khuatir pasti dirasai pelajar, guru dan ibu bapa tetapi dengan kes COVID-19 yang semakin terkawal, pembukaan semula sekolah diyakini berjalan lancar berpandukan prosedur operasi standard (SOP) ketat yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).
 |
Penunjuk arah |
 |
My Sejahtera |
 |
Air bagi memastikan pelajar sentiasa mencuci tangan |
Alhamdulillah..segala perancangan yang telah diatur berjalan dengan sebaiknya.Para pelajar memberikan sepenuh kerjasama.Mereka seakan-akan sudah faham situasi yang berlaku.Mematuhi segala arahan dan penunjuk arah yang telah disediakan..Terbaik..Anak-anak yang dengar kata.
 |
Beratur untuk pulang
Antara SOP pembukaan semula sekolah yang ditetapkan kerajaan adalah pemeriksaan suhu setiap hari bagi murid, guru dan individu yang mempunyai urusan dengan pihak sekolah
|
 |
susunan meja bagi memenuhi SOP kementerian |
 |
Membeli makan di kantin |
Selamat kembali ke sekolah, SOP jangan dilupa
Selamat kembali bertugas cikgu
ReplyDeletewah suasana sekolah beda yang baru ya new normal :D
ReplyDeleteNampak pelajar lebih berdisiplin
ReplyDeleteAnak sulung saya pun dh start sekolah demi SPM.. moga cikgu dan semua pelajar dilindungi Allah selalu..aamiin
ReplyDeleteSelamat kembali ke sekolah cikgu.
ReplyDeleteTentu perasaan lain bila dah lama sekolah tutup dan memulakan semula dengan norma baharu.
Selamat bertugas kembali cikgu!
ReplyDeleteselamat kembali bertugas...
ReplyDeleteselamat kembali bertugas cikgu., ;p
ReplyDeleteSeronok la budak2 ni dah dapat sekolah. Anak2 saya sekolah rendah sorang, tingkatan 1 sorang.Hari2 tanya bila sekolah nak buka.
ReplyDeleteSelamat bertugas dalam norma baharu cikgu..😎
ReplyDeleteSelamat bertugas cikgu..sama2 mematuhi sop yg ditetapkan
ReplyDeleteSelamat bertugas cikgu..sama2 mematuhi sop yg ditetapkan
ReplyDeleteselamat kembali memulakan kerja dan pelajaran untuk murid tingkatan 5 dan guru-guru sekolah dengan cara norma baharu
ReplyDeletewelcome back to school cikgu! semoga semua urusan dipermudahkan
ReplyDeleteselamat bertugas cikgu :)
ReplyDeletestay safe ya!
selamat bertugas cikgu. rasanya lagi bberapa minggu akan buka sekolah kan
ReplyDeleteBagus semua ikut SOP. Selamat kembali bertugas cikgu.
ReplyDelete