Breaking

Friday, June 19, 2020

Salam Jumaat

Gambar Daripada Google           
 Assalamualaikum dan Salam Sayang

Diam tak diam,pejam celik kita sudah berada pada 27 Syawal 1441H. Syawal sudah berada di penghujung.Hari ini juga genap 10 hari kita berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).Pagi Jumaat yang indah, tiada ucapan yang lebih baik dipermulaan hari melainkan dengan ucapan ALHAMDULILLAH. Selawat dan Salam keatas junjungan Nabi MUHAMMAD SAW. berserta keluarga dan sahabat Baginda.
 
Allahhumma Ya Rabb, ada pagi Jumaat yang penuh barakah ini, kami menadah kedua-dua tangan memohon kepadaMu agar kami senantiasa beroleh Taufik & Hidayah dari Engkau Tuhan Yang Maha Agung. Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Qudus, kami merayu & memohon padaMu Ya Rabb, Ampunilah kami, Rahmatilah kami, Anugerahkan kami kesihatan yang baik & rezeki yang melimpah ruah seluas langit dan bumiMu._
_YaRabb, Ya Azzim, Ya Razzaq, kami memohon kebahagiaan berkekalan serta panjangkan umur kami dalam barakah kehidupan. Ya Kahar, Ya Jabbar, jika ada dalam kalangan kami yang sakit, Engkau sembuhkan mereka. Dan jika Ada dikalangan kami yg bermasalah, Engkau rungkaikanlah permasalahan mereka. Dan jika ada dikalangan kami yg bersedih, Engkau berikan kegembiraan buat mereka. Allahhumma, Ya Rabb, Ya Hafiz, Ya Raqib, Engkau Lindungilah kami & warga bumi dari wabak koronavirus (Covid-19). Engkau lenyapkanlah wabak yg melanda ini. Ya Rabb, Ya Kareem, pertemukanlah vaksin/ penawar bagi mengobati penyakit ini. Aamiin Ya Rabbal Aalamiin

12 comments: